Make your own free website on Tripod.com

 

KERANG MASAK BEREMPAH

Bahan-bahannya:

1.8 kg. kerang

1 ketul ubi keledek

1 sudu makan ketumbar

1 sudu teh jntan manis

1 cm. kunyit hidup

15 tangkai cili kering

8 ulas bawang merah

1 batang serai

1 biji kelapa parut.

Cara Membuatnya

1. Kerang dibersihkan kemudian direbus dan ambil isinya. Keledek dibersihkan kulitnya kemudian dipotong kecil-kecil setelah itu masukkan bersama isi kerang, bahan yang telah digiling dan santan ke dalam periuk masak sehingga kering.

2. Setelah itu masukkan santan cair sebanyak 2 mangkuk, serai dan garam secukup rasa. Biarkan hingga mendidih dan sedikit pekat. Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

 

Home