RENUNGAN
  1. Adakah anda solat Subuh berjamaah di masjid setiap hari?
  2. Adakah anda telah memelihara dan melakukan semua solat di masjid secara berjamaah?
  3. Adakah anda hari ini membaca Al-Quran?
  4. Adakah runti anda pada setiap hari membaca zikir dan wirid setiap kali selepas solat?
  5. Adakah anda melakukan solat Sunat Rawatib, Ba’diyah dan Qabliyyah?
  6. Adakah hari ini anda khusyuk dalam solat anda dengan merenungi bacaannya?
  7. Adakah anda sentiasa ingat mati dan alam kubur?
  8. Adakah anda ingat akan hari kiamat/akhirat dan segala peristiwa dan kedahsyatannya yang mengerikan?
  9. Adakah anda berdoa kepada Allah memohon masuk ke dalam Syurga?
  10. Adakah anda berdoa kepada Allah memohon dijauhkan dari azab api Neraka?
  11. Adakah anda membaca Hadis Rasulullah?
  12. Adakah anda pernah terfikir untuk menjauhi teman yang mengajak kepada kemungkaran?
  13. Adakah anda berusaha mengurangkan ketawa?
  14. Adakah hari ini anda menangis lantaran takut kepada Allah Taala?
  15. Adakah anda membaca zikir-zikir pada waktu pagi dan petang?
  16. Adakah hari ini anda beristighfar, meminta ampun kepada Allah atas dosa-dosa anda?
  17. Adakah anda dengan jujur memohon kepada Allah akan mati syahid?
  18. Adakah anda berdoa kepada Allah supaya Allah menetapkan hati didalam agamaNya?
  19. Adakah anda memanfaatkan saat-saat mustajab (waktu terkabulnya doa) dan pada saat itu anda berdoa kepada Allah S.W.T.?
  20. Adakah anda membeli buku/kitab yang dapat menambahkan pengetahuan tentang agama?
  21. Adakah anda berdoa memohon ampun untuk kaum Muslimin dan Muslimat?
  22. Adakah anda menyampaikan puji-pujian kepada Allah atas nikmat Islam yang Allah anugerahkan kepada anda?
  23. Adakah anda memuji-muji Allah atas nikmat mendengar, melihat dan nikmat-nikmat pancaindera yang lain?
  24. Adakah anda hari ini bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan pertolongan?
  25. Adakah anda meninggalkan rasa benci pada diri sendiri dan berusaha untuk membenci sesuatu hanya kerana Allah S.W.T.?
  26. Adakah anda menjauhi sifat takabur, sombong dan bangga diri?
  27. Adakah anda mengunjungi saudara seagama?
  28. Adakah anda sudah mengajak keluarga anda, rakan, jiran tetangga serta orang-arang yang ada hubungan dengan anda kerana Allah kepada Islam?
  29. Adakah anda berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibubapa?
  30. Adakah anda berbuat kebajikan kepada jiran tetangga?
  31. Adakah anda membersihkan hati dari rasa sombong, ria’, iri hati dan hasad dengki?
  32. Adakah anda menjauhi dari bercakap bohong, mengumpat dan bertengkar?
  33. Adakah anda takut kepada Allah dan ingat kepadaNya dalam usaha mencari nafkah, makan minum dan sebagainya?
  34. Adakah anda bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat pada setiap waktu atas dosa-dosa dan kesalahan yang dibuat?
  35. Adakah anda mengucapkan "Innaa lillahi wa inna ilaihi rooji’un", dikala ditimpa bala?
  36. Adakah hari ini anda berdoa :

"Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu dari menyekutukanMu, sedang aku mengetahuinya dan aku memohon ampun atas apa-apa yang tidak kuketahui."
 

Halaman Utama
1