Muzik dari Pandangan Islam (1)

Nyanyian/Muzik adalah sebahagian daripada kebaikan Duniawi yang harus dinikmati.

Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah
kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah
menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.

Syarah: Ini adalah hujah mantik atau logika fitrah; Kenapa untuk memenuhi perut kita, kita sentiasa mencari makanan
yang lazat-lazat? begitu juga manusia amat tergerak utk melancung, menjamu matanya dengan pemandangan yang
mengasyikan; begitu juga mereka gemar menghidu bau-bauan yang harum bak kesthuri; kenapa kita lupa kepada
telinga; dia juga berhak mendengar yang baik dan lazat-lazat berupa nyanyian merdu dan alunan musik yang
menenangkan jiwa dan aqal....

Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!

Kami mendatangkan beberapa dalil Qur'ani:

1.Umat Islam, umat akhir zaman diberi banyak keistimewaan dan pelepas berbanding umat yang terdahulu...
Memang, umat Yahudi memang kita sedia maklum telah diharamkan Allah sebahagian besar daripada kelazatan
duniawi ke atas umat Yahudi lantaran kekufuran mereka: Firman -Nya dalam surah Nisa': 160-161 (maksud):

Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dr perbuatan orang-orang Yahudi, Kami (ALlah)
mengharamkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bg mereka, dan disebabkan
mereka banyak menghalang manusia dr jalan Allah. dan juga disebabkan mereka mengambil riba' pada
hal mereka telah dilarang melakukannya, dan disebabkan mereka memakan harta orang lain dengan jalan
yang salah...):

2.Umat Yahudi dan Kristian amat dengki lantaran keistimewaan yang dilimpahkan keatas umat Muhammad. Lama
sebelum Rasulullah saw diutus, kitab-kitab tua samawi telah menceritakan dengan detail akan risalah
Muhammadiah ini dan intisari ajarannya: Firman Allah (maksud):...yang mereka dapati tertulis( nama
Muhammad dan sifat-sifatnya) dalam Taurat dan Injil (Torah and Bible) yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh
mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka drpd mengerjakan perkara-perkara yang keji;
dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala benda yang
buruk; dan ia juga menghapuskan dr mereka beban-beban dan belenggu yang ada pada mereka.. (al A'araf:
157)
3.Setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu SETIAP PERKARA yang BAIK dipandang oleh JIWA danamp;
AKAL manusia yang sejahtera adalah HALAL sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana
kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam. Firman Allah (maksud):Mereka bertanya
kepadamu:Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang
lazat-lazat serta baik. (Maaidah: 4)
4.Hak Halal/Haram adalah milik mutlak Allah: TIDAK BERHAK BAGI MANUSIA mengHARAMkan untuk diri mereka
sendiri atau orang lain perkara-perkara yang baik yang telah direzkikan walaubagaimana baik sekali niatnya. Hak
mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud) Katakanlah:' Sudahkah kamu nampak
baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa'at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian
drpdnya haram dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada
kamu hanya mengada-ngadakan secara DUSTA terhadap Allah? (Yunus:59)
5.Sesiapa yang memandai-mandai dalam isu halal/haram dimurkai Allah:

Firman Allah (maksud): Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka
kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah
(mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta
terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk. (al An'am: 140)

Wallahua'lam
Ref: Prof Yusof Qardhawi