Make your own free website on Tripod.com

 

Kek Sarang Lebah (Kias-Fansurima)
Bahan-bahannya :-    
2 1/2 cawan tepung gandum
4 auns mentega
1 1/2 cawan gula pasir
 1/2  tin susu pekat
1 1/2 cawan air
1 sudu besar bikarbonat of soda
6 biji telur ayam.
cara membuatnya :
1) Gula pasir di masak bersama air dengan api kecil
   sehingga semua gula larut. Angkat dan sejukkan.
2) Mentega di gaul bersama susu pekat hingga sebati.
3) Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan
    mentega tadi.
4) Bila dah sebati, masukkan pula tepung yang telah
   diayak bersama bikarbonat of soda sedikit-sedikit
   berselang-eli dengan gula sirap yang telah sejuk
   Lakukan hingga kesemua nya sebati dan habis.
5) Panaskan dulang pembakar yang telah disapu
  sedikit mentega dan bakarlah adunan tadi sekitar
  sehingga adunan naik dan masak. Jangka masa
  di antara 45 - 60 minit
6) Kek yang telah masak berlubang-lubang seperti
  sarang lebah. 
7) Senang dan boleh dicuba. Sekian adanya.

 

Ke Laman Utama / Ke Ruangan Resepi